Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 4 April 2011

what is internet?

although the history of the internet arguably begins in the 19th century with the invention of the the telegraph system, the modern history of the internet starts in the 1950s and 1960s with the development of computers. this began with point-to-point communication between mainframe computers and terminals, expanded to point-to-point connections between computers and then early research into packet switching. packet switched networks such as arpanet, mark i at npl in the uk, cyclades, merit network, tymnet, and telenet, were developed in the late 1960s and early 1970s using a variety of protocols. the arpanet in particular lead to the development of protocols for internetworking, where multiple separate networks could be joined together into a network of networks.
in 1982 the internet protocol suite (tcp/ip) was standardized and the concept of a world-wide network of fully interconnected tcp/ip networks called the internet was introduced. access to the arpanet was expanded in 1981 when the national science foundation (nsf) developed the computer science network (csnet) and again in 1986 when nsfnet provided access to supercomputer sites in the united states from research and education organizations. the arpanet was decommissioned in 1990. commercial internet service providers (isps) began to emerge in the late 1980s and 1990s and the internet was commercialized in 1995 when nsfnet was decommissioned, removing the last restrictions on the use of the internet to carry commercial traffic.
since the mid-1990s the internet has had a drastic impact on culture and commerce, including the rise of near instant communication by electronic mail, text based discussion forums, and the world wide web. the research and education community continues to use advanced networks such as nsf's very high speed backbone network service (vbns) and internet2. increasing amounts of data are transmitted at higher and higher speeds over fiber optic networks operating at 1-gbps, 10-gbps, or more. the internet continues to grow, driven by ever greater amounts of online information and knowledge, by commerce and entertainment, and by social networking.

Rahsia Hati Seorang Wanita





1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa


Dugaan hidup : Allah dah bg jawapan, tp kite masih merungut..

1.Kenapalah aku diuji camni..

 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja menyatakan , “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui orang-orang yang berdusta”.  (Surah Al-‘Ankabut : 2-3)

2.Dah la tensen ngn keje/study/cinta, tp xdpt lak ape yg aku nak.. huk huk huk..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidakmengetahui”. (Surah Al-Baqarah : 216)

3.Beratnye dugaan hidup ni..!

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuatu dengan kesanggupannya” (Surah Al-Baqarah : 226)

4.Ya Allah.. aku kecewa sal keje/study/cinta..! huhu..

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamubersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”. (Surah Al-‘Imran :139)

5.Kalo camtu, camne aku nak lepas dugaan ni..

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang- orang yang khusyuk”. (Surah Al-Baqarah : 45)

6.Dah la hidup aku teruk camni.. xpnah berubah.. ape yg aku dpt dr semua ni??

“Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga mereka…” (Surah At-Taubah : 111)
 
 
7.Sapelah yg aku bleh arapkan nak tolong aku ni.. T_T

“Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain-Nya,Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung”. (At-Taubah : 129)

8.Aku bleh gile camni.. bek aku berhenti/suicide..!

“...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 87)

********************************************************************************************
 
Setiap orang pasti akan bersedih. Tapi itu bukan alasan untuk kita bersedih sepanjang masa.  Kerja, belajar, cinta(ehem.. untuk yg da kawin je yee.. ^^) adalah ibadah selagi mane kite niat kerana Allah. Seteruk mane pun dugaan hidup, hati tetap maintain cool andai harapan kite hanya pd Allah.

Hakikatnye, kite percaye bahawa setiap dugaan ade hikmah & pengajaran, tapi andai kite YAKIN, kite tidak akan merungut sedikitpun tentang dugaan yg Allah beri. Betol x? Ini juga untuk peringatan kepada penulis..



Selamat beramal!


 

 

 

 

Sunday, 3 April 2011

kawan2 ketawa menangis bersama


                                                 Mata awak besar, mata saya kecik

yang bermata besar ni namanya dhyla.. dia kawan baik saya kat Ui Tm perak ni ( terharu tak dhyla?) haha.. jangan nak terharu sangat lah kan :P .. Dia merupakan roommate dan classmate saya :) 

                                            Mata saya sepet, mata awak terjojol

yang bermata terjojol ni nama dia laila..dia pun kawan baik saya kat UiTm ni..(jangan nangis tau baca ni) ** ..Dia seorang yang gila2.. tengok gambar dia kan atas ni pun da tau kan betapa gilanya dia :P

                                                                      OM3B
                      

Saturday, 2 April 2011

Cita-citaku setinggi gunung


Nak cerita pasal cita-cita pulak,teringat pulak cerita masa aku kecik2 dulu.. ayah aku pernah tanya nanti aku dah besar nak jadi apa.. aku pun jawab lah besar nanti aku nak jadi polis.. haha.. memang kelakar kalau nak diingatkan balik,, ntah macam mana aku boleh bercita-cita nak jadi polis .. memang tak dapat lah :P ..Masuk pula sekolah rendah cita-cita aku nak jadi peguam pulak.. haha.. apa ntah yang aku fikir sampai aku bercita –cita nak jadik peguam .. mungkin pengaruh televisyen kot :P .. Masuk pulak sekolah menengah aku nak jadik diplomat atau Duta lah pulak,. Memang cita-cita aku nak jadik terkenal.. tapi tak pernah pulak aku nak jadik pelakon atau penyanyi.. Pelik kan? Hahah.. sekarang baru lah aku taw apa yang aku nak jadik sebenarnya,. Aku kalau boleh nak kerja kat pejabat je.. senang.. aku nak jadik Eksekutif .. (ok tak?) hihi.. lagipun jurusan yang aku ambil sekarang sesuai sangat lah kalau nak jadik eksekutif atau setiausaha.. haaaa…. Aku minat gak nak jadik pensyarah..best kot! Kalau dapat lah kan, aku nak ajar pelajar OM gak.. haha.. sangat2 best! Tapi kalau nak jadik pensyarah, aku kena lah belajar sampai MASTER atau PHD.. jadi nya, tunggu lah 4, 5 tahun lagi.. masa tu mesti aku dah kerja.. huhu.. ( dah kahwin kot !) :P

hObi Dan MInat Kita munGkin SeruPa

dalam banyak2 hobi dalam hidup ni, rasa nya banyak yang aku tak minat.. haha..aku tak suka benda2 yang mencabar.. aku suka benda yang boleh menenangkan fikiran dan kalau kita wat benda tu kita dapat rasa rilek :P .. Aku tak suke bersukan (sebab tu aku gemuk).. kah7x.. aku tak suka bersenam tapi aku suka makan.. macam mana tu? :P bawa2 lah bertaubat kan?? Haha.. Aku suka menghabiskan duit.. aku suka shoping.. window shoping pun jadi lah.. dapat gak survey2 harga kan.. bila dah cukup duit kan boleh beli J .. Aku suka sangat tengok2 baju, kasut , selendang.. aksesori pun aku minat gak.. aku ni tak comel,, jadi kalau beli benda2 macam ni jadi lah comel sikit :P ..haha.. perasan pulak.. ni blog aku jadi aku boleh tulis apa je yang aku suka.. J ..hurmm,, aku suka jalan2.. tak kisah lah nak pergi mana pun,, kalau aku tak penat dan duit ada mesti aku pergi lah :P Apa aku suka lagi ha?? Ermmm,,,banyak lagi yang aku suka tapi taknak larh cerita semuanya kat sini.. :P Cukup lah sampai sini je .. :P

NaKal-Nakal zaMan PErseKolahaN


Aku ingat lagi pagi tu ibu aku cakap..*Dikja kene pegi sekolah esok* .. punya lah aku taknak pegi sekolah sampai merajuk2.. haha.. teruk betul perangai masa kecik dulu .. Aku bersekolah di Tadika Kemas( aku tak ingat nama penuh tadika aku tu) pada tahun 1997.. selepas “graduate “ di tadika , aku pun melanjutkan pelajaran di Sek Ren Keb Sg Leman sehingga darjah 6 dari tahun 1998 hinnga 2003.. aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.. aku mendapat 5A ( boleh tak nak senyum sampai ke telinga)** 

                       Kat sini lah kelas aku masa darjah 1

Selepas tamat sekolah rendah, aku pun mengada2 nak masuk sekolah berasrama penuh.. aku minta MRsm.. (ngada2 betul)** .. tapi tak dapat .. aku pun masuk lah SMKA SIMPANG 5.. kat sana aku mula belajar hidup berdikari.. basuh baju sendiri.. penat kan? Tapi pengalaman itu lah yang akan mendewasakan kita :P Aku bersekolah kat sana selama 3 tahun.. dari tahun 2004 hinnga 2007.. aku mendapat keputusan yang agak mengecewakan ketika PMR.. aku hanya dapat 3A.. Jadi, disebabkan malu MATh dpt C aku pun pindah Sekolah harian biasa SMK DATO MUSTAFFA.. dekat sana pun aku belajar main2 juga.. maklum lah jiwa remaja memberontak .. sibuk nak bercinta sana sini :P Akhirnya SPM aku dapat 3A jugak..

Aku dan kawan2 masa tingkatan 5

                                                  5 science Takwa dalam ingatan 

Pada tahun 2008, aku terpilih untuk menyertai PLKN di Kem PLKN Chenderiang Tapah Perak.. ( asyik berjodoh dengan perak je )** ..pada mulanya aku takut nak pergi,, tapi bila aku sampai je di sana ,, BEST KOT! Rugi siapa yang tak pergi.. kat sana kita dapat mengumpul lebih ramai kawan .. kat sana lah kita belajar untuk memantapkan stamina dan fizikal.. Belajar kawad bagai :P haha..Kompeni Delta tetap di hati :O 


                        Gambar kenangan bersama chichi ..

                          Saya dan kawan2 kompeni DELTA 

Selepas tamat latihan di PLKN , saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM PERAK dalam jurusan DIPLOMA OFFICE MANAGEMENT AND TECHNOLOGY.. Saya telah mendapat keputusan yang agak memberangsangkan sepanjang 2 sem di sini.. saya harap sem ini saya dapat megekalkan pointer saya ^.^

                                 Dekan mac 2011

                           Dekan april 2010