PAHIT MANIS SUKA DUKA KEHIDUPANKU …
Dalam blog ni lah tempat aku meluahkan segala2 nya
Suka duka pahit manis semua ada
Zaman jatuh bangun berjalan dan berdiri semula
Tiada siapa pun yang tahu apa yang tersirat dalam hati ini
Biar lah aku saja yang tahu
Biar lah ia menjadi rahsia yang tersimpan di dalam hati
Kerana aku tahu …
ALLAH juga mengetahui apa yang aku lalui saat ini
Tak perlu lah aku ceritakan
Kerana ia nya hanya akan bisa mengundang kesedihan
Tak perlu lah anda bazirkan air mata anda untuk luahan hati saya yang tidak seberapa ini :)
Terlalu banyak kisah sedih dalam hidup ini
Dari kecik sampai besar tiada satu pun yang dapat membahagiakan diri ini
Tapi aku bersyukur ya ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi mu ini J
YA ALLAH YA TUHANKU… kau peliharalah ahli keluargaku
Kau panjangkan lah umur kami dan bahagiakanlah kehidupan kami
Sesungguhnya hanya mereka sahaja ahli keluargaku yang masih tinggal
Bukan nya aku tidak redha atas pemergian ibu dan ayahku
Tetapi aku terkilan kerana tidak sempat untuk membalas jasa mereka membesarkan aku selama ini
Kalaulah dapat aku undurkan waktu YA ALLAH
Aku berjanji YA ALLAH
Tak kan sekali2 ku melawan kedua ibu bapaku
Akanku patuhi setiap arahan mereka
Akanku sayangi mereka seperti mana mereka menyayangi aku
Sesungguhnya aku manusia yang kerdil lagi hina
Hanya mampu berdoa supaya kau rahmatilah roh mereka YA ALLAH
Tak mampu kutahan lagi air mata ini bila mengenangkan mereka
Aku rindu MEREKA !!!
Sgt3…
Tetapi di saat ini tiada apa lagi yang dapat aku lakukan selain mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana ….
Jauh di sudut hati ,,,,
Fyza……
tabahkan hati bagi setiap yang terjadi, kerana bahagia sentiasa menanti...di hadapan...PASTI!!!!



